fbpx

Syarikat lori tular kemalangan, beri kerjasama penuh siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar daripada rakaman kamera papan pemuka menunjukkan muatan terjatuh dari lori ketika mengambil selekoh di laluan Gerik-Jeli 29 Oktober lalu.

PETALING JAYA – UAC Berhad (UAC) memberi kerjasama penuh terhadap siasatan pihak berkuasa susulan kemalangan melibatkan sebuah lori milik syarikat tersebut yang tular di media sosial pada masa ini.

UAC dalam kenyataan memaklumkan, kejadian tersebut berlaku pada 29 Oktober lalu, manakala video dan gambar mengenainya tersebar sejak 11 Disember lalu.

“Kami sedang berhubung dengan keluarga yang terkesan susulan kemalangan tersebut selain memberikan kerjasama penuh kepada siasatan pihak berkuasa sekali gus memberi sokongan terhadap undang-undang.

“Dalam masa sama, kami juga sedang menjalankan semakan dalaman ke atas kemalangan dahsyat ini, malah ia adalah kes luar biasa dalam sejarah 60 tahun penubuhan syarikat ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, UAC memberi jaminan, pihaknya sedang menilai dan akan mengetatkan lagi garis panduan serta prosedur operasi selain mengambil sebarang cadangan daripada pihak berkuasa dalam memastikan kejadian sedemikian tidak berulang kembali.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan kisah sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbalik selepas terlibat kemalangan di laluan Gerik-Jeli sehingga meragut nyawa bayi dalam kandungan serta si isteri cedera parah.

Insiden itu turut mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook biarpun hantaran kisah tersebut yang dimuat naik oleh Ka Cheng Saw dipadam oleh Facebook

Anthony telah mengarahkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk segera mengambil tindakan terhadap pemandu syarikat terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI