fbpx

Rizky Billar ‘meletup’ dituduh tumpang hidup Lesti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIZKY Billar dan isteri, Lesti Kejora.

CACIAN dan hinaan yang diterima pelakon Rizky Billar ternyata sedikit sebanyak memberi kesan terhadap hidupnya.

Situasi tersebut membuatkan dia tidak dapat menahan amarah apabila dituduh menumpang hidup isterinya, penyanyi popular Lesti Kejora.

Rizky menerusi InstaStory memberitahu dirinya juga mempunyai duit sendiri bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga.

“Logiknya, jika saya mampu membeli sesuatu yang diinginkan dengan duit sendiri, kenapa perlu menumpang hidup isteri? Ini hanya sedikit contoh yang saya beri.

“Dikata berhutanglah, hutang dibayar isterilah. Saya bukan orang kaya tapi saya tidak pernah berhutang.

“Kadang-kadang saya penat dengan komen-komen sebegini. Berdiam juga salah, sekarang saya beritahu apa yang benar,” katanya bernada bengang.

Terdahulu, pasangan menggemparkan dunia hiburan Indonesia apabila terkait dengan dakwaan keganasan rumah tangga.

Bagaimanapun, Lesti yang mendakwa dipukul Rizky menarik balik laporan polis dan memilih berdamai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI