fbpx

Puteri terakhir Hawaii meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puteri Abigail Kinoiki Kekaulike Kawananakoa. - Getty Images

HONOLULU, HAWAII – Puteri terakhir Hawaii dilaporkan meninggal dunia pada usia 96 tahun, lapor laman berita Thaiger semalam.

Puteri Abigail Kinoiki Kekaulike Kawananakoa meninggal dunia Ahad lalu di rumahnya yang terletak di Nu’uanu, manakala pasangannya, Veronica Gail Kawananakoa berada di sisi mendiang.

Istana Iolani telah mengeluarkan berita itu kepada umum kelmarin. 

Istana itu adalah satu-satunya kediaman di mana monarki Hawaii itu tinggal, tetapi kini kebanyakannya berfungsi sebagai muzium.

Menurut saluran televisyen KTLA, Veronica menceritakan tentang kematian Puteri Abigail dan mengingatinya dengan penuh kasih sayang.

“Abigail akan diingati kerana cintanya kepada Hawaii dan rakyatnya dan saya akan merinduinya dengan sepenuh hati,” kata Veronica.

Puteri Abigail dilahirkan pada 23 April 1926 di Honolulu. Pada usia 5 tahun, monarki itu telah diambil secara sah sebagai anak angkat oleh nenek sebelah ibunya yang kemudian membesarkannya dalam kalangan golongan bangsawan Hawaii.

Beliau menghadiri sekolah Amerika di Shanghai, China dan lulus dari Notre Dame High School di California. 

Walaupun tidak memegang gelaran rasmi, Puteri Abigail tetap diingati sebagai monarki Hawaii dan simbol identiti kebangsaan negeri itu yang bertahan selepas kerajaan itu digulingkan oleh ahli perniagaan Amerika pada 1893. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI