fbpx

Projek Kereta Kabel Bukit Bendera siap tiga tahun lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KON Yeow (empat dari kanan) menunjukkan lakaran Projek Kereta Kabel Bukit Bendera dalam sidang akhbar di Komtar, George Town, Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Projek Kereta Kabel Bukit Bendera yang bernilai RM245 juta dijangka mengambil masa selama tiga tahun untuk siap sepenuhnya dan mula beroperasi.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, permohonan cadangan projek (RFP) untuk projek Kereta Kabel Bukit Bendera telah dianugerahkan kepada Hartasuma Sdn. Bhd.

“Jajaran dan kesesuaian lokasi projek kereta kabel telah diambil kira oleh Jawatankuasa Penilaian, dengan tapak jajaran laluan yang paling sesuai adalah berhampiran Taman Botani Pulau Pinang.

“Projek ini dijangka mengambil masa selama tiga tahun untuk siap sepenuhnya dan mula beroperasi,” katanya dalam sidang akhbar di Komtar, di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri memutuskan untuk meneruskan projek kereta kabel Bukit Bendera walaupun Kerajaan Pusat membatalkan peruntukan RM100 juta untuk membangunkan projek tersebut pada April 2020.

Kon Yeow yang juga Pengerusi Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBAPP) berkata, panggilan RFP bagi mendapatkan cadangan terbaik untuk perkhidmatan kereta kabel Bukit Bendera bermula pada 13 Januari 2021 dan tempoh sah laku dilanjutkan kepada 30 November lalu, serta terdapat enam syarikat telah turut sama dalam panggilan RFP itu.

“Projek ini dianugerahkan melalui Kerjasama Awam Swasta (KAS) mengenai reka bentuk, kewangan, kendali dan pindah atau sub-set asas joint venture partnership.

“Jawatankuasa Penilaian daripada pelbagai agensi kerajaan telah menilai cadangan RFP mengikut keperluan yang ditetapkan dalam dokumen RFP dan Hartasuma Sdn Bhd telah disyorkan oleh Jawatankuasa Penilaian dan diluluskan oleh Lembaga Perolehan Negeri Pulau Pinang.

“Berikutan pembidaan terbuka, anggaran pelaburan oleh pembida yang berjaya dijangka berjumlah kira-kira RM245 juta dan projek itu berdasarkan tempoh konsesi selama 30 tahun,” katanya.

Tambah beliau, pembida yang berjaya, Hartasuma Sdn. Bhd, adalah perintis dalam industri rel tempatan dan mempunyai pengalaman hampir 30 tahun dalam keseluruhan rangkaian pelaksanaan projek daripada pengurusan projek dan logistik, rantaian bekalan antarabangsa, protokol ujian dan pentauliahan serta pembiayaan projek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI