fbpx

Piala AFF: FAM akur teguran Menteri, tiket serendah RM5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akur dengan desakan orang ramai apabila bersetuju menurunkan harga tiket Piala AFF 2022 buat kali kedua selepas menerima ‘teguran’ Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Hannah menerusi ciapan di laman Twitter mendesak FAM untuk terus menurunkan harga tiket bagi kategori terbuka sekali gus meringankan beban penyokong pasukan Harimau Malaya.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, tiket kategori terbuka kini diturunkan dengan kadar RM30 manakala tiket kategori premium RM50 dan tiket grandstand RM60 dengan tiket kanak-kanak kini serendah RM5.

“Selepas pelbagai pandangan, penelitian dan perincian dibuat, maka Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM bersetuju dengan cadangan saya supaya harga tiket dikurangkan lagi bagi memastikan ia diterima semua penyokong.

“Sebagai Presiden FAM, saya perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya yang mana kita mahu peningkatan prestasi yang ditunjukkan seiring dengan sokongan padu kehadiran penyokong di stadium pada setiap perlawanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon yang diundi dalam Kumpulan B dijadualkan bertemu Myanmar di Yangon pada 21 Disember, Laos di Bukit Jalil (24 Disember), Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan Singapura di Bukit Jalil pada 3 Januari depan. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI