fbpx

Pengunjung festival muzik dakwa ‘diraba’ pengawal keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGAWAL keselamatan memeriksa pengunjung festival muzik tersebut. - Thaiger

BANGKOK – Berpuluh-puluh pengunjung sebuah festival muzik di Bangkok, Thailand mendakwa mereka menjadi ‘mangsa serangan seksual’ oleh beberapa pengawal keselamatan pada hujung minggu lalu, lapor laman berita Thaiger semalam.

Sebilangan mangsa mendakwa, kemaluan mereka telah disentuh pengawal keselamatan sebelum dibenarkan memasuki Festival 808 yang diadakan di BITEC Bang Na pada 9 hingga 11 Disember lalu.

Seorang wanita bernama Hitomi Okemoto memberitahu laman berita Coconuts bahawa pengawal-pengawal keselamatan telah menyentuh semua wanita yang menghadiri festival itu di bahagian ‘kaki, kemaluan dan payudara’.

Okemoto yang tidak berpuas hati turut memuat naik imej memaparkan wanita lain yang sedang diraba.

“Saya pernah pergi ke festival lain di Thailand dan tiada yang menjalankan pemeriksaan badan seperti ini. Ia keterlaluan, saya rasa wanita lain juga berasa jijik, takut dan sedih,” katanya.

Seorang wartawan Thailand turut menyaksikan pengawal keselamatan menyentuh wanita dan lelaki di bahagian bawah seluar sebelum mereka dibenarkan masuk ke tempat itu.

Pengawal lelaki ditugaskan memeriksa wanita dan pengawal wanita memeriksa pengunjung lelaki. 

Bagaimanapun, penganjur festival itu bertindak mempertahankan pengawal keselamatan mereka dengan berkata, ‘polis sedang mencari dadah’ dan pihaknya tidak mampu mengawalnya.

Pihak penganjur juga mempertahankan tindakan pengawal keselamatan yang menyentuh payudara ramai wanita ketika kejadian

Menjelang hari ketiga festival itu, semakin ramai orang ditangkap akibat dadah iaitu sekurang-kurangnya lebih 100 orang.

Seorang pegawai media untuk festival itu mengesahkan bahawa mereka telah mengupah pasukan keselamatan, selain mempertahankan usaha pencarian sebagai ‘perlu’ kerana dasar ketat tanpa dadah tahun ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI