PUTRAJAYA – Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun diminta mengadakan rundingan dengan Kerajaan Singapura membabitkan kontroversi tuntutan Pulau Batu Puteh.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mesyuarat Kabinet hari ini sudah meminta Idrus meneliti semula dan mengkaji isu berbangkit terhadap pulau yang kini diserahkan kepada negara jiran itu di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebelum ini.
Katanya, langkah itu supaya rundingan lebih bermakna dan segera dapat dijalankan dengan Singapura.
“Kita minta Peguam Negara memberi penjelasan mengenai kontroversi tuntutan Batu Puteh yang sekarang sudah dipindahkan ke Singapura oleh ICJ dan kesan sampingannya.
“Kerajaan juga meminta supaya (ia) diteliti semula dikaji supaya ada rundingan yang lebih bermakna dan segera dengan Singapura supaya tidak ada masalah berbangkit dengan hubungan dua negara sahabat,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE