fbpx

Orang tengah, masalah kulat punca sayur mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

IPOH – Hasil tanaman pekebun sayur-sayuran di Cameron Highlands berkurangan antara 25 hingga 30 peratus ketika musim hujan, sekali gus menyebabkan sebilangan tanaman tersebut dijual mahal ketika ini.

Pengerusi Pekebun Sayur Melayu Cameron Highlands, Datuk Syed Abd. Rahman Syed Abd. Rashid berkata, penurunan hasil tanaman itu menyebabkan ia dijual mahal kepada pembeli di pasar-pasar borong.

“Harganya pula terus me­ningkat selepas dijual di pasar-pasar raya atau peruncit. ­Akhirnya harga sayur yang tinggi diterima pengguna.

“Biasanya harga akhir di pasaran meningkat sehingga 50 peratus berbanding nilai yang dijual petani kepada pemborong. Selalunya orang tengah dikawal oleh faktor pengeluaran dan permintaan di pasar borong,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, sayur yang biasa menghadapi peningkatan harga ketika musim tengkujuh terma­suk sawi, bayam, cili, pak choy dan parsley.

Syed Abd. Rahman memberi­tahu, sebagai contoh, sawi dijual lebih RM2 sekilogram berban­ding RM1.50 pada hari biasa, cili RM10 sekilogram berbanding RM7 dan bayam 80 sen hingga RM1 berbanding ketika ini mele­bihi RM2.

Selain itu, ujar beliau, petani juga berhadapan dengan masalah kulat, sekali gus menyebabkan pengeluaran sayur-sayuran berkurangan.

“Cuaca lembap menyebabkan kulat menyerang sesetengah ­sayur, sekali gus menjadi antara punca pengeluarannya berkura­ngan musim hujan,” ujar­nya.

Justeru, beliau berharap agar pihak seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membantu golongan pekebun sayur ketika musim tengkujuh dengan membelinya daripada mereka.

Katanya, FAMA juga boleh menggunakan bilik sejuk bagi menyimpan sayur-sayuran tersebut bagi memastikan bekalannya sentiasa ada di pasaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI