fbpx

Oppa masih tampan, Jin BTS dedah rambut dramatik masuki tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wajah baharu Jin yang bersiap sedia memasuki alam ketenteraan kini tampil dengan imej berambut pendek. - Foto Weverse

SEOUL – Anggota kumpulan BTS, Jin mendedahkan perubahan rambut dramatiknya ketika dia bersiap sedia untuk menyertai kerahan tenaga dengan mendaftar bersama pasukan tentera Korea Selatan, lapor portal berita Daily Star semalam.

Golongan muda yang berkhidmat dengan tentera negara tersebut perlu mencukur kepala masing-masing sebelum tiba untuk mendaftar bagi melakukan kerahan tenaga tersebut.

Jin, 30, berkongsi swafoto di laman media sosial peminat Weverse dengan rambutanya yang dipotong terlalu pendek sebagai persediaan menyertai pasukan tentera negaranya.

Di Korea Selatan, semua lelaki yang sihat tubuh badan mesti berkhidmat selama 18 hingga 21 bulan dalam tentera mengikut undang-undang dan sebagai salah seorang idola K-Pop terbesar di planet ini, dia tidak mahu peraturan itu diubah semata-mata kerana dirinya.

Dia menulis keterangan gambar Weverse: “Ia (rambut) kelihatan lebih comel daripada yang saya fikirkan.”

Sudah tentu, kelab peminatnya dikenali sebagai ARMY bersetuju dengan luahan Jin itu yang akan kembali menjadi bintang K-Pop pada tahun 2025 selepas menamatkan perkhidmatan tenteranya. 

Wajah bintang K-Pop itu juga dipuji oleh netizen di laman web hiburan tersebut kerana walaupun berambut terlalu pendek, Jin masih lagi kelihatan tampan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI