fbpx

Mahkamah: Lelaki Nepal didakwa bunuh dua pengawal keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thakur Prasad (baju lokap ungu) didakwa di Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan membunuh dua pengawal keselamatan warganegara sama. FOTO : NOR SHAFAWATI YUP

SEREMBAN – Seorang peniaga warga Nepal didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh dua lelaki warga sama dalam kejadian di sebuah kedai makan di Pusat Komersial Oakland di sini, awal bulan ini.

Tertuduh, Thakur Prasad Bhandari, 37, mengangguk faham, namun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan membunuh mangsa, Manoj Kumar Chaudhary, 35, dan Krishna Kumar Damai Pariyar, 46.

Kesalahan dilakukan di sebuah kedai makan, Tingkat 1, Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland pada pukul 9.08 pagi hingga 4.48 petang, 3 Disember lalu.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati.

Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nurul Muhaimin Mohd. Azman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 13 Februari 2023.

Sebelum ini, media melaporkan dua pengawal keselamatan warga Nepal dibunuh rakan senegara mereka pada 3 Disember lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI