fbpx

Kolagen putihkan kulit didakwa mampu aktifkan sel kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video di akaun TikTok @adzrinadzhar

PETALING JAYA – Pengambilan kolagen putihkan kulit sebagai suplemen tambahan didakwa mampu mengaktifkan sel kanser sedia ada dalam badan seseorang.

Video yang dimuat naik @adzrinadzhar di akaun TikToknya menjelaskan, beliau di diagnosis dengan penyakit kanser ovari setelah sebulan sakit gara-gara pengambilan kolagen putihkan kulit.

“Saya minum kolagen putihkan kulit, tetapi tidak mahu sebut jenama apa. Kolagen itu yang mengaktifkan kanser saya. Badan kita tidak memerlukan kolagen tambahan yang berjuta-juta pun sebenarnya,” katanya di dalam video tersebut.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang berkongsi pengalaman yang sama seperti wanita ini gara-gara pengambilan kolagen sebagai suplemen tambahan.

“Saya kena ‘ovarian cyst’ dan pecah lepas sebulan lebih minum produk pemutih kulit yang ada kolagen. Nasib baik dapat diselamatkan, jadi sebagai langkah berjaga-jaga elakkan ambil suplemen yang mengandungi kolagen,” komen seorang wanita.

“Saya pernah ambil kolagen dan setelah dua bulan, fibroid yang ada pada tiroid saya membesar. Lepas saya stop, kembali susut. Masih ada, cuma tak besar,” komen wanita yang lain pula.

Sehingga kini video tersebut telah meraih 1.1 juta tontonan, 58,400 tanda suka dan 7,967 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI