fbpx

Kembar seiras tamat pengajian bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR Najwa Zulkflee (kanan) dan Nur Nabila berjaya ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Ke-20 USIM di Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilai, Seremban hari ini. FOTO ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

SEREMBAN – Sepasang kembar seiras sanggup menangguhkan kemasukan universiti demi mahu melanjutkan pengajian bersama-sama.

Kedua-dua mereka, Nur Najwa Zulkflee, 23, dan Nur Nabila Zulkflee, 23, akhirnya menerima Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi sempena Majlis Konvokesyen Ke-20 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilai di sini hari ini.

“Pada mulanya pada sesi kemasukan pelajar pada bulan September 2018 saya mendapat tawaran ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam jurusan perindustrian manakala adik saya, Nur Nabila mendapat tawaran ke USIM.

“Bagaimanapun, saya telah menolak tawaran ke UMP kerana mahu menunggu rayuan kemasukan ke USIM bagi bersama-sama dengan adik saya di sini. Alhamdulillah, selepas dua minggu saya mendapat keputusan dan berjaya memasuki USIM bersama adik saya dalam jurusan yang sama.

“Sepanjang pengajian, kami memang tidak berpisah, berkongsi bilik dan rumah sewa yang sama. Kami juga sama-sama menamatkan pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Maahad Saniah, Pasir Puteh, Kelantan dan berdua berada di kelas yang sama. Alhamdulillah kami berdua dapat menamatkan pengajian bersama hari ini,” kata Nur Najwa ketika ditemui hari ini.

Nur Najwa menambah, mereka berdua kini bekerja sambilan sebagai pembantu jualan di sebuah kedai barangan yang terletak berhampiran dengan mereka di Pasir Puteh, Kelantan.

“Bagi kami, jika tidak ada salah seorang, memang rasa sunyi dan tidak seronok. Kami masing-masing berharap dapat bekerja dalam bidang pendidikan selepas ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI