fbpx

Ibu bawa sembilan anak kembar pulang ke Mali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Halima (kiri) membawa pulang sembilan anak kembarnya pulang ke Mali selepas melahirkan mereka menerusi pembedahan di Maghribi pada tahun lalu. - Good Moring America

BAMAKO, Mali  –  Seorang ibu yang melahirkan sembilan orang bayi sekali gus memecahkan rekod dunia, telah membawa mereka pulang ke Mali selepas menghabiskan masa selama 19 bulan di Maghribi, lapor portal berita Daily Mirror semalam.

Bayi-bayi itu yang memecahkan Rekod Dunia Guinness bagi kategori masih hidup selepas dilahirkan, menghabiskan beberapa bulan pertama kehidupan dalam inkubator di klinik Ain Borja di Casablanca.

Sebelum ini, kesemua bayi itu dilahirkan pada Mei tahun lalu.

Ibu mereka Halima Cisse, 27, diberitahu tentang jumlah bayi yang akan dilahirkannya hanya beberapa saat sebelum menjalani pembedahan caesarian. Kelahiran itu  mengatasi rekod sebelumnya yang dibuat oleh Nadya Suleman pada tahun 2009.

Nadya melahirkan lapan bayi kembar pada tahun 2009 di California, Amerika Syarikat (AS).

Selepas bersalin, pihak berkuasa Mali berkata, Halima yang hamil 30 minggu telah berjaya melahirkan lima kanak-kanak perempuan dan empat lelaki melalui pembedahan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI