fbpx

‘Bye-bye dunia tipu-tipu’ – Ashira Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASHIRA Aziz berkata, selama lebih 20 tahun menjadi penyanyi, industri seni banyak memberikan pengalaman pahit manis dalam hidupnya.

PETALING JAYA – Tanpa menyebut sebarang alasan, Ashira Aziz mengumumkan nekad mengambil keputusan berundur dari dunia hiburan bagi menjalani kehidupan biasa.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz itu menegaskan dia bukan berhenti menyanyi, sebaliknya hanya enggan lagi menjadi tumpuan ramai dengan menggalas status sebagai artis.

Ibu tunggal berusia 38 tahun itu juga berharap orang ramai menghormati pilihannya meninggalkan status figura umum bagi menjalani kehidupan biasa bersama keluarga.

“Masanya sudah tiba. Tahun 1999 hingga 2022. Satu pengembaraan yang sarat keperitan dan pengalaman hidup.

“Saya akan simpan semua kenangan manis di lubuk hati yang paling dalam. Masa untuk menutup buku dari sekarang buat selama-lamanya.

“Tolong hormati keputusan ini. Biarkan saya teruskan kehidupan bersama anak lelaki dan keluarga saya tanpa sebarang perhatian,” kongsinya menerusi laman sosial.

Menerusi hantaran sama, Ashira turut berterima kasih selain meminta maaf kepada peminat yang telah memberi sokongan sejak dia menceburi arena muzik bermula tahun 1999.

“Terima kasih atas sokongan terutama buat peminat saya dari dahulu sehingga sekarang. Saya mohon maaf tidak dapat meneruskan perjalanan ini.

“Anda boleh saja ‘unfollow’ atau ‘unfriend’ saya (dalam media sosial). Bye-bye dunia tipu-tipu. Ashira Aziz ucapkan selamat tinggal,” tulisnya lagi.

Terdahulu, walaupun sebelum ini pernah menyepikan diri, Ashira aktif menyanyi di pusat hiburan selain diundang mengadakan persembahan hingga ke luar negara termasuk di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu.

Nama Ashira yang menghasilkan EP sulung pada usia 16 tahun kembali menjadi sebutan selepas menyertai program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) pada 2020.

Kehidupan peribadinya mula menjadi perhatian selepas mendirikan rumah tangga dengan anggota kumpulan Indigo, Badrul Izhan Yeop Abdullah atau Bad yang juga peserta program GV7 pada 11 Mac 2021.

Sayangnya, perkahwinan mereka menemui titik noktah apabila masing-masing sepakat memilih berpisa sekitar Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI