fbpx

Banjir: Terengganu pulih sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa penduduk berpindah keluar untuk pulang rumah masing-masing setelah banjir surut di PPS SK Atas Tol, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Gelombang pertama banjir pada musim tengkujuh yang melanda Terengganu sejak Jumaat lalu telah pulih sepenuhnya sebentar tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi sebelum ini telah ditutup operasi sepenuh secara berperingkat sehingga pukul 12 tengah hari.

“Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol, Kuala Terengganu menjadi PPS terakhir ditutup pada pukul 12 tengah hari tadi.

“Semua 55 mangsa daripada 18 keluarga yang berada di PPS itu sebelum ini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap JPBN Terengganu berkata, sebelum itu, dua PPS lain iaitu Balai Raya Kampung Pantai, Besut dan Surau Kampung Nyatoh, Setiu turut menutup operasi.

Beliau berkata, walaupun gelombang pertama banjir telah surut sepenuhnya pihaknya masih dalam keadaan bersiap siaga memandangkan monsun Timur Laut masih berlarutan sehingga bulan Mac depan.

Gelombang pertama banjir yang melanda Terengganu sejak Jumaat minggu lalu melibatkan semua enam daerah di negeri ini kecuali Marang dan Hulu Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI