fbpx

Banjir di Kelantan belum serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua orang kanak-kanak bermain air banjir yang melimpah di atas jalan raya dengan diawasi ibu bapa mereka di Kampung Tersang, Rantau Panjang hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Situasi banjir yang melanda Pasir Mas dan Rantau Panjang dekat sini ketika ini masih dalam keadaan terkawal dan belum memasuki fasa serius.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, banjir teruk akan berlaku apabila air Sungai Kelantan dari kawasan hulu turun ke kawasan hilir.

Menurutnya, banjir yang berlaku ketika ini berpunca daripada taburan hujan berterusan dan air akan mula surut apabila cuaca baik dalam tempoh terdekat.

“Kerajaan negeri sentiasa membuat persediaan menghadapi bencana banjir pada bulan Oktober setiap tahun termasuk mengenal pasti pusat pangkalan banjir di setiap daerah.

“Pangkalan itu turut merangkumi pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu memberitahu, bantuan kepada mangsa-mangsa banjir juga telah disiapkan sejak awal melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kelengkapan untuk kerja-kerja menyelamat mangsa banjir termasuk bot juga telah disediakan sejak awal. Jadi apabila berlaku bencana banjir, aset-aset ini akan digerakkan dengan segera,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI