fbpx

Bangkai ‘anak Loch Ness’ di tepi pantai dipercayai ikan pari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Misteri bangkai haiwan laut di tepi pantai Poole, Dorset dipercayai sebagai ikan pari. - Lindsay Freeman/Pen News

LONDON – Misteri bangkai haiwan laut yang sebelum ini tidak dikenali dan digelar sebagai ‘anak Loch Ness’ mungkin berjaya diselesaikan, lapor portal berita Daily Star semalam.

Ia terdampar di tepi sebuah pantai di Poole, Dorset, United Kingdom (UK) menyebabkan penduduk tempatan ‘menggaru’ kepala mereka mengenai identiti sebenar binatang itu.

Kemunculan di tepi pantai menyebabkan ia diberikan gelaran anak Loch Ness iaitu seekor raksasa misteri yang didakwa masih hidup di sebuah tasik di tanah tinggi Scotland.

Seorang wanita, Lindsay Freeman membuat penemuan itu dan berkata: “Saya sedang berjalan di pantai pada masa itu. Ia menarik perhatian saya kerana ia kelihatan luar biasa dan besar.

“Saya tidak dapat memikirkan haiwan yang mempunyai ekor seperti jerung tetapi juga kaki seperti penyu. Ia juga kelihatan seperti mempunyai ‘lengan’ kecil dan kepala yang sangat pelik. Ia kelihatan seperti raksasa laut.”

Walaupun menemui bangkai haiwan itu pada bulan November lalu, Freeman memutuskan untuk menyiarkan imej tersebut secara online minggu lalu dan menyebabkan netizen membuat pelbagai spekulasi tentangnya.

Ada netizen menganggap ia ialah anak Loch Ness, manakala yang lain berpendapat bangkai haiwan tersebut mungkin sejenis ikan pari.

Namun, seorang pengurus projek di Program Penyiasatan Cetacean Strandings, UK, Rob Deaville menganggap ia adalah sejenis elasmobrankia iaitu keluarga hidupan laut yang merangkumi ikan pari dan jerung.

“Saya bukan pakar dalam pengecaman elasmobrankia tetapi ia kelihatan seperti tinggalan (bangkai) ikan pari,” katanya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI