fbpx

Arab Saudi akan keluarkan dron sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Riyadh akan mengusahakan pengeluaran dron buatan tempatan dengan mengambil kira kepentingan negara itu dalam senario semasa. - AFP

RIYADH – Ketua Pegawai Eksekutif Industri Tentera Arab Saudi (SAMI), Walid Abukhaled berkata bahawa kerajaan sedang mengusahakan pembuatan dron tempatan dengan mengambil kira kepentingannya dalam senario semasa, lapor portal berita Saudi Gazette semalam.

Dalam ucapan beliau semasa Forum Belanjawan Arab Saudi 2023  anjuran Kementerian Kewangan di Riyadh kelmarin beliau berkata: “Jika melihat secara global, kita melihat bahawa sistem yang tidak dapat diragui lagi adalah masa depan industri ketenteraan dan ia mungkin pesawat tanpa pemandu (dron).”

Walid  yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pertahanan dan aeroangkasa global Northrop Grumman di Asia Barat berkata, Arab Saudi memberi tumpuan kepada sistem sensor seperti radar.

“Kami mengambil berat tentang dua perkara (iaitu) kepintaran buatan (AI)  dan keselamatan siber selain mesti ada sistem siber yang kukuh yang melindungi sistem serta mengikut arahan Pihak Berkuasa Am untuk Industri Ketenteraan,” tambahnya.

Buat masa kini, Turkiye merupakan pengeluar dron Bayraktar TB2 yang pernah digunakan oleh tentera Ukraine dalam menentang pencerobohan askar-askar Russia sejak perang di negara tersebut tercetus pada Februari lalu.

Arab Saudi pula pernah diserang dengan dron dari Yemen yang menyasarkan kilang penapis minyak dan lapangan terbang di negara monarki  tersebut sejak akhir-akhir ini tetapi dalam kebanyakan kejadian, ia tidak menyebabkan sebarang kematian dalam kalangan rakyatnya.

Iran pula ialah pengeluar pelbagai jenis dron dan pesawat tanpa juruterbang tersebut dilaporkan digunakan oleh tentera Russia dalam perang dengan Ukraine. 

Pada awal Mei lalu, Teheran membuka sebuah kilang di negara jirannya, Tajikistan dengan tujuan untuk mengeluarkan pesawat tanpa juruterbang  serta mengeksportnya ke pasaran antarabangsa. – Agensi   

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI