fbpx

Annuar Musa dedah Zuraida sertai MN, keahlian cecah 10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa hari ini mendedahkan pemimpin Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamaruddin telah menyertai badan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).

Melalui hantaran di Facebook miliknya hari ini, Annuar turut berterima kasih kepada bekas Ahli Parlimen Ampang itu kerana memilih MN yang ditubuhnya sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu.

“Terima kasih juga kerana menyertai MN,” katanya.

Terdahulu, Sabtu lalu, Annuar mengumumkan NGO itu membuka permohonan keahliannya seminggu lebih awal atas permintaan ramai.

Menurutnya, NGO itu berperanan merapatkan kerjasama dan perpaduan dalam kalangan ummah serta mengukuhkan sistem politik, berdasarkan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Annuar juga turut melawat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Katanya, beliau bertukar pandangan dengan pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu dalam pertemuan berkenaan.

Terdahulu, Annuat turut mendedahkan keahlian MN sudah mencecah 10,000 penyertaan sejak ia dibuka baru-baru ini.

“Subhanallah, baru beberapa jam keahlian MN dibuka, sudah lebih 10,000 permohonan keahlian diterima.

“Saya amat terharu betapa ramainya diluar sana anak bangsa yang prihatin terhadap agama,bangsa,dan negara serta cintakan muafakat.

“Tiba tiba saya merasa suatu kekuatan baru untuk terus berjuang bersama mereka yang jujur dan ikhlas,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI