fbpx

Agong tolak gaji sejak pandemik Covid-19 melanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bukan hanya beliau yang menolak gaji sebagai Perdana Menteri sebaliknya ia turut dilakukan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong menolak gaji yang diberikan kerajaan sejak negara dilanda pandemik Covid-19.

“Beliau (Yang di-Pertuan Agong) lebih awal dari saya dan tidak menerima gaji dari kerajaan sejak Covid-19. Jadi eloklah saya beri penjelasan ini.

“Itu sumbangan dibuat Yang di-Pertuan Agong memandangkan masalah ekonomi yang menekan kehidupan rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri, di sini hari ini.

Sebelum ini, Anwar mengumumkan tidak akan mengambil gaji sebagai Perdana Menteri malah, semua Jemaah Menteri juga bersetuju menerima potongan gaji sebanyak 20 peratus sebulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI