fbpx

5,235 kawasan berisiko Monsun Timur Laut dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming melihat aset-aset Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) di Ibu Pejabat JBPM Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenal pasti sejumlah 5,235 kawasan yang berisiko tinggi menghadapi impak Monsun Timur Laut.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, jumlah tersebut turut meliputi sebanyak 4,795 kawasan yang rentan terdedah kepada masalah banjir besar.

“Bilangan ini dikenal pasti hasil pemantauan dilakukan setiap hari oleh pihak JBPM di seluruh negara setakat ini sebagai tindakan persiapan awal,” katanya selepas melakukan lawatan ke Ibu Pejabat JBPM di Presint 7 di sini tadi.

Berdasarkan tinjauan agensi itu, katanya, sebanyak 4,795 kawasan diunjurkan mengalami banjir manakala 254 kawasan berisiko cerun kritikal dan baki 186 kawasan rentan kepala air.

Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, JBPM berkolaborasi dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Jabatan Meteorologi bagi maklumat dikemas kini.

“JBPM malah bersiap siaga mengerahkan kekuatan 12,857 pegawai sepenuh masa dan 2,111 pegawai bomba bantuan demi memastikan keselamatan rakyat terjamin.

“Selain itu, arahan pembekuan cuti secara total sudah dikeluarkan dengan bulan ini hanya 20 peratus keseluruhan petugas dibenarkan sehingga situasi kembali terkawal,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI