fbpx

256 pesara tentera di Perak terima Sijil Perhebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHARUDIN (dua dari kanan) menyampaikan Sijil Perhebat dan Program Reskiling, Upskiling Veteran ATM Sesi Disember 2022 kepada peserta di Dewan Mohd. Anwar IKM Lumut hari ini.

LUMUT – Seramai 256 pesara tentera di Perak menerima Sijil Perhebat hari ini selepas menjalani kursus peralihan bagi membolehkan mereka bekerja atau menceburi bidang perniagaan selepas bersara.

Kesemua mereka yang sebahagian besarnya bertugas di Perak sebelum bersara mengikuti kursus antara tiga hingga enam bulan sebelum melayakkan mereka menerima sijil tersebut.

Ia melibatkan kursus dalam Program Reskiling, Upskiling berkaitan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) meliputi bidang pertanian, penternakan, peruncitan, keusahawanan dan latihan di tempat kerja, atau bahagian teknikal dan vokasional.

Majlis penyampaian sijil itu disempurnakan oleh Orang Besar Jajahan Manjung, Datuk Shaharudin Nazari di Dewan Mohd. Anwar Institut Kemahiran Mara (IKM) Lumut, di Seri Manjung hari ini.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera Malaysia (Perhebat), Mohd. Radzi Mohd. Ali, dalam ucapannya menjelaskan latihan itu membolehkan bekas tentera terus menceburi sektor pekerjaan atau perniagaan sebaik bersara daripada perkhidmatan masing-masing.

Beliau juga meminta semua pesara tentera agar terus berhubung dengan Perhebat bagi mendapatkan bimbingan dan khidmat nasihat terhadap sektor yang diceburi mereka selain berkongsi pengalaman.

Shaharudin pula meminta sektor awam dan swasta khususnya di Perak dapat menyediakan kuota khas untuk pesara tentera untuk bekerja dan menjalin perniagaan dengan mereka.

Jelas beliau, pesara tentera mempunyai kelebihan kerana memiliki kepakaran dan pengalaman ketika berkhidmat sebagai pegawai atau anggota tentera, selain diberi kursus khas peralihan apabila bersara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI