fbpx

Yayasan Petronas sumbang 200 pek perayaan Sentuhan Kasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zakaria (kini) menyerahkan sumbangan pek perayaan serta barangan keperluan asas menerusi program Sentuhan Kasih Yayasan Petronas di Hotel Berjaya, George Town, di sini hari ini.

GEORGE TOWN – Yayasan Petronas menyemarakkan sambutan perayaan Krismas di Pulau Pinang dengan mengedarkan pek perayaan serta barangan keperluan asas menerusi program Sentuhan Kasih yang diadakan di Hotel Berjaya, di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas, Shariah Nelly Francis berkata, bagi Pulau Pinang, 200 penerima serta keluarga yang memerlukan dikenal pasti menerusi kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

”Kami sentiasa meneruskan amalan dan menyemai nilai-nilai murni dengan menghulurkan sumbangan keperluan kepada golongan dan keluarga yang memerlukan.

“Kami komited untuk menyokong komuniti yang memerlukan dengan menyediakan keperluan asas untuk keperluan mereka,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya berharap agar usaha ini dapat membantu meringankan dan mengembalikan senyuman dan kegembiraan semasa musim perayaan kali ini.

”Bagi menjayakan program ini Yayasan Petronas telah bekerjasama dengan JKM, agensi negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk pengagihan di 12 negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan,” katanya.

Dalam pada itu, Zakaria berkata, program tersebut telah diadakan dengan kerjasama Yayasan Petronas sejak lima tahun lalu dan pihaknya berharap kerjasama berkenaan akan berterusan.

”Kami amat berbesar hati menerima sumbangkan 200 kotak makanan daripada Yayasan Petronas yang kemudiannya akan diagihkan kepada penerima bantuan JKM yang layak.

”Kerjasama seperti ini juga diharapkan dapat dicontohi agensi-agensi korporat yang lain bagi membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, bagi penerima bantuan, Hoi Yik Kee, 36, dia amat menghargai bantuan yang diterima daripada Yayasan Petronas itu dan akan menggunakkan bagi sambutan Krismas nanti.

”Sebelum ini saya ada menerima bantuan sebegini ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kali ini saya terima bantuan ketika musim perayaan Krismas jadi saya amat hargai bantuan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI