fbpx

Tong gas meletup: Mangsa melecur seluruh badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN di ruang tamu akibat kejadian tong gas meletup di Taman Sena Permai, Pokok Sena, Tasek Gelugor, di sini pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Mangsa wanita yang terkena letupan tong gas petroleum cecair (LPG) di kediamannya di Taman Sena Permai, Pokok Sena, di sini pagi tadi dilaporkan mengalami kecederaan melecur hampir seluruh badan.

Kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu berlaku semasa dia dikatakan mahu menggoreng ikan sebelum gas memasak tersebut meletup sehingga memusnahkan rumah teres dua tingkat berkenaan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohamad Hazam Hassan berkata, keadaan mangsa kini dilaporkan stabil.

“Letupan terbabit turut mengakibatkan sebuah kereta dan motosikal yang diletakkan di ruang hadapan rumah mengalami kerosakan.

“Setakat ini, punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini tadi.

Difahamkan, mangsa yang tinggal bersama adik lelakinya yang sudahpun berumah tangga itu bakal menamatkan zaman bujang bulan depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI