fbpx

Tindakan boleh diambil penduduk tidak mahu berpindah – Armizan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARMIZAN beramah mesra dengan mangsa yang ditempatkan di PPS SMK Seri Semantan Mentakab di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Angkatan Pertahanan Awam (APM) mempunyai kuasa untuk menasihati dan mengarahkan penduduk terjejas banjir untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara itu termaktub berdasarkan Seksyen 4C (1) Akta Pertahanan Awam Malaysia 1952 (Akta 221).

Katanya, berdasarkan akta tersebut, APM ada kuasa mengarahkan penduduk yang terjejas banjir untuk berpindah ke PPS, dan semua keputusan yang dibuat adalah berdasarkan faktor keselamatan.

“Maksudnya sejak 2016 sudah ada peruntukan undang-undang yang memberikan kuasa kepada APM untuk mewajibkan penduduk berpindah kerana setakat tahun ini, masih terdapat insiden orang awam tidak mematuhi arahan tersebut.

“Tindakan boleh diambil jika terdapat mana-mana pihak yang tidak mematuhi arahan tersebut. Namun pada peringkat ini, kita memfokuskan memberi kesedaran kepada masyarakat terdapat peruntukan undang-undang tersebut dan arahan ini dibuat untuk keselamatan mereka,” katanya selepas melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan, hari ini.

Jelas Armizan, sejak bermulanya Monsun Timur Laut (MTL) pada awal November lalu, semua negeri yang terkesan setakat ini iaitu Perak, Johor,Kelantan,Terengganu dan Pahang telah dapat menguruskan keadaan dengan baik.

Pada masa yang sama, beliau juga memuji dan tertarik dengan langkah kerajaan negeri memperkenalkan teknologi pemberian makanan ‘retort’ kepada mangsa terdiri pek makanan awal melibatkan nasi dan lauk yang diagihkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI