fbpx

RM BTS anggap mustahil akan berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RM BTS

MESKIPUN baru berusia 28 tahun, RM anggota kumpulan BTS sering beranggapan perkahwinan adalah perkara mustahil dalam hidupnya.

Pendapat tersebut diluahkan dalam program televisyen The Dictionary Of Useless Human Knowledge ketika mengupas topik Ciri-Ciri Manusia Yang Kita Cintai.

Dalam program yang bersiaran tersebut, ahli panel yang terlibat ialah RM, pelakon Shim Chae-kyung dan penulis Kim Young-ha.

Chae-kyung dan Young-ha yang sudah mendirikan rumah tangga melontarkan pendapat sendiri tentang cinta.

Sementara RM yang masih solo menyuarakan pandangan bahawa individu yang lahir pada 1990-an sangat skeptikal dalam perkahwinan.

“Bolehkah perkahwinan berlaku dalam hidup saya?

“Saya fikir perkahwinan adalah proses natural yang akan berlaku dalam kehidupan. Tetapi beberapa tahun lepas, saya tertanya-tanya adakah saya akan bujang buat selama-lamanya.

“Apabila mula berfikiran begitu, saya tidak dapat berhenti memikirkannya sehingga kini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI