fbpx

Piala Dunia: Messi berdepan penggantungan FIFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan dibuat pengadil ketika aksi menentang Belanda menyebabkan dia berdepan kemungkinan digantung pada aksi menentang Croatia nanti. – AFP

DOHA – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dikatakan sudah membuka kertas siasatan ke atas Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) berhubung kontroversi yang berlaku pada aksi suku akhir Piala Dunia 2022 kelmarin.

Pada perlawanan itu, skuad La Albiceleste menang ke atas Belanda 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat seri 2-2 sehingga tamat 120 minit permainan.

Bagaimanapun, perlawanan itu berlangsung dalam situasi panas apabila kapten Argentina, Lionel Messi serta penjaga gol, Emiliano Martinez menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pengadil perlawanan, Antonio Mateu Lahoz.

Justeru, selepas FIFA membuka kertas siasatan berhubung insiden berkenaan, Argentina mungkin berdepan tamparan hebat apabila Messi dijangka berdepan penggantungan dan tidak boleh beraksi menentang Croatia di separuh akhir.

“Jawatan­kuasa Disiplin FIFA sudah memulakan pro­ses siasatan ke atas Persatuan Bola Sepak Argentina yang berkemungkinan melanggar artikel 12 (salah laku pemain dan pegawai) dan 16 (keselamatan perlawanan) ketika bertemu Belanda.

“Sementara itu, Jawatankuasa Disiplin FIFA juga turut membuka kertas siasatan ke atas Persatuan Bola Sepak Belanda (KNVB) kerana didakwa melanggar artikel 12 dalam perlawanan yang sama,” kata FIFA menerusi satu kenyataan.

Sekiranya Messi tidak dapat diturunkan ketika bertemu Croatia awal pagi esok akibat penggantungan FIFA, Argentina mungkin berdepan masalah besar memandangkan pemain Pa­ris Saint-Germain (PSG) itu merupakan nadi pasukan tersebut.

Terda­hu­lu, Messi secara terbuka mengkritik Mateu Lahoz selepas dia mendakwa pengadil dari Sepa­nyol itu tidak layak untuk mengemudi perlawanan penting seperti saingan Piala Dunia.

“Saya tidak mahu melakukan kritikan pedas ke atas pengadil kerana mereka boleh mendenda saya. Bagaimanapun, saya sudah jangka situasi ini akan berlaku sebaik sahaja tahu dia (Mateu Lahoz) menjadi pengadil untuk perlawanan ini.

“Secara jujur, saya tidak boleh cakap apa yang ada dalam fikiran saya, tetapi FIFA perlu pandang serius perkara ini. Mereka tidak boleh berikan tugas kepada pe­ngadil yang tidak mencapai stan­dard sebenar,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI