fbpx

Duda hilang, tinggalkan motosikal di Bukit Papan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi mencari dan menyelamat seorang pemuda yang dikhuatiri hilang sedang giat dijalankan di kawasan Bukit Papan, Kuala Perlis hari ini.

KUALA PERLIS – Seorang duda berusia 36 tahun dikhuatiri hilang di kawasan Bukit Papan, di sini sejak tiga hari lalu.

Operasi mencari mangsa, Mohd. Asri Ismail sedang giat dijalankan anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, pesawah itu disedari tiada di rumahnya di Kampung Baru Tok Kuning, Kangar sejak Sabtu lalu.

“Bapa mangsa ternampak gambar motosikal Yamaha Lagenda miliknya yang digunakan oleh anaknya dimuat naik di Facebook semalam.

“Dia segera ke lokasi kejadian (penemuan motosikal) di Kampung Bukit Papan dan menjumpai kenderaan itu sebelum membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, siasatan awal di tempat kejadian mendapati selain motosikal, terdapat selipar mangsa ditinggalkan di tepi bukit berhampiran sungai.

Seramai 44 anggota polis, bomba, APM dan orang awam terlibat dalam operasi mencari mangsa meliputi kawasan sejauh empat kilometer (km) ke arah puncak Bukit Papan dan kawasan curam Genting Kora.

“Kita juga menggunakan bantuan dron bomba untuk membuat tinjauan. Sehingga kini mangsa belum ditemui,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI