fbpx

Mike Tyson bawa bapa tunai umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mike Tyson (kiri) dan bapanya (kanan) bersama DJ Khaled (tengah) menunaikan umrah di Mekah, Arab Saudi baru-baru ini. - djkhaled/Instagram

LOS ANGELES – Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson dilihat menunaikan umrah di Mekah, Arab Saudi baru-baru ini, lapor portal berita sportskeeda semalam.

Tyson, 50, mengerjakan umrah itu bersama DJ Khaled atau nama sebenarnya ialah Khaled Mohammed Khaled, 47, yang juga seorang penyanyi rap Amerika Syarikat (AS).

DJ Khaled itu menulis di Instagram: “Ketika saya berjalan di Mekah, air mata saya jatuh. Air mata kegembiraan. Sepanjang hidup saya, saya ingin pergi ke Mekah untuk berdoa dan bersyukur kepada Allah.” 

Menurut portal berita WION, Tyson dan DJ Khaled berada di Arab Saudi untuk menghadiri Festival Filem Laut Merah dan selepas menghadiri acara itu, mereka menunaikan umrah.

Turut sama mengerjakan ibadat itu ialah bapa Tyson.

Bekas petinju terkenal dari AS itu dilaporkan memeluk Islam ketika menghabiskan masa di penjara pada tahun 1992 selepas didapati bersalah dalam beberapa pertuduhan termasuk merogol dan dipenjarakan selama enam tahun.

Beliau kemudian dibebaskan dari penjara pada tahun 1995. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI