fbpx

Kamera badan PDRM dalam proses perolehan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang dalam proses perolehan untuk mendapatkan kamera badan untuk kegunaan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perolehan kamera bernilai RM30 juta itu sudah diluluskan Kementerian Kewangan.

“Saya mengadakan perjumpaan bersama Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan difahamkan bahawa Bajet RM30 juta telah lulus.

“Kini kamera badan dalam proses perolehan dan saya berharap tidak ada masalah untuk mendapatkan perkara itu dengan kadar segera,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Mengulas mengenai tempoh masa tersebut, Saifudin berkata, perkara itu di luar bidang kuasanya, namun berharap ia disegerakan.

“Memandangkan proses perolehan ini membabitkan beberapa kementerian, saya juga difahamkan oleh KSU bahawa beliau akan mengambil tindakan lanjut.

“Saya juga yakin segala karenah yang melambatkan proses perolehan kamera badan itu dapat diatasi sebaik-baiknya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI