fbpx

JPJ bakal perluas RC dan VEP di sempadan Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zailani ketika bercakap pada sidang akhbar di Pejabat JPJ KLIA, Sepang di sini, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhasrat melaksanakan Caj Jalan (RC) dan Permit Masuk Kenderaan (VEP) di sempadan dengan Thailand dalam masa terdekat.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim sebagai salah satu usaha tegas membanteras kemasukan kereta klon dari negara jiran berkenaan.

“Insya-Allah kita akan memperluaskan sistem ini di semua pintu masuk sempadan dengan Thailand pula selepas berjaya dibuat di Johor,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu beliau yang ditemani oleh Pengarah JPJ Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya, memaklumkan kejayaan agensi itu menahan 19 pemandu menerusi Ops Ulat yang dijalankan bermula 4 Disember lalu sehingga semalam.

Mengulas lanjut, Zailani berkata, RC dan VEP yang selama ini dilaksanakan di dua pintu sempadan dengan Singapura berjaya mengekang kemasukan kereta klon dari republik itu.

“Sebelum ini banyak kes dari Singapura sebab pemilik di sana wajib lupus kereta selepas genap usia 10 tahun bagi elak bayar COE (sijil pemilikan) yang jauh lebih mahal,” katanya.

Dasar ketat pemerintah republik itu bagaimanapun mengakibatkan kereta lama diseludup ke Johor dan Batam, Indonesia kerana masih berkeadaan baik dengan jarak perbatuan yang rendah.

Menyentuh keberkesanan RC dan VEP yang diperkenalkan pada 2019 lalu, beliau berkata, sistem itu memastikan kenderaan asing balik ke negara mereka selepas tempoh tertentu.

Kaedahnya ujar beliau, seperti pasport antarabangsa dan kenderaan yang berpendaftaran luar negara itu tidak boleh masuk ke Malaysia jika permitnya kurang tempoh luput tertentu.

Namun pelaksanaannya di Johor, menyaksikan permintaan kereta dari Thailand menjadi pilihan baharu kerana kenderaan negara itu belum dikenakan RC dan VEP pada masa ini.

Menyentuh isu Pasukan Tindakan Khas JPJ bagi memerangi kenderaan klon dan aktiviti tonto, beliau mengesahkan unit berkenaan sebenarnya masih tetap beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan secara terperinci mengenai skuad tersebut dan menegaskan pihaknya tidak gentar dengan sebarang ancaman dan ugutan penjenayah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI