fbpx

Guru tuisyen didakwa ubah wang haram hasil jual bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAMALIAH (jubah hijau) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen George Town di sini hari ini. - IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Seorang bekas guru tuisyen didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pengubahan wang haram menerusi aktiviti penjualan seorang bayi perempuan sebanyak RM12,000 tahun lalu.

Tertuduh, Jamaliah Ahmad, 62, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim
Hakim Mazdi Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menerima wang tunai berjumlah RM12,000 yang merupakan hasil aktiviti haram di lobi sebuah hotel di Jalan Penang kira-kira pukul 7 malam, 15 Disember 2021.

Tertuduh yang mempunyai taraf pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu didakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2021.

Pertuduhan itu memperuntukan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong manakala tertuduh diwakili peguam, MD Yusuf MD Idris.

Dalam prosiding, Harris memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Hakim Mazdi kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin termasuk menetapkan tiga syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap 1 haribulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai serta tidak menganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah turut menetapkan 13 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI