fbpx

Dua sungai di Pahang, Kelantan pada paras bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Dua sungai di Pahang dan Kelantan dilaporkan berada pada paras bahaya berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Menurut laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat pagi ini melibatkan Sungai Triang, Bera, Pahang, dan Sungai Golok, Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan.

“Bagi di Sungai Triang mencatatkan trend meningkat dengan bacaan 34.56 meter (m) melebihi paras bahaya.

“Selain itu, turut melepasi paras bahaya, di Kelantan melibatkan Sungai Golok dengan bacaan 9.41 m namun ketika ini dalam trend menurun,” katanya.

Namun bagi beberapa sungai di negeri seperti Sarawak, Johor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Selangor ketika ini berada pada tahap amaran dan berjaga-jaga.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tiga negeri melibatkan Terengganu, Pahang dan Johor hingga 2 petang ini.

“Di Terengganu meibatkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman manakala di Pahang melibatkan kawasan Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

“Turut terlibat di Johor iaitu dua daerah di Segamat dan Mersing,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI