fbpx

Difitnah bersekedudukan, Julia Farhana minta bukti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JULIA Farhana bakal berkahwin dengan duda pelakon Lufya Omar tidak lama lagi, namun enggan memperincikan tarikh pernikahan mereka.

PETALING JAYA – Pelakon Julia Farhana tidak berdiam diri apabila dirinya difitnah tinggal sebumbung dengan bakal suami, Che Muhammad Hafiz.

Cabar Juliana, 27, dia meminta individu yang menyebarkan fitnah tersebut agar tampil menunjukkan bukti jika benar mereka bersekedudukan.

“Saya enggan melayan tuduhan tidak berasas tersebut selain merasakan itu sebagai fitnah yang sangat besar.

“Saya rasa, kalau ada, keluarkan bukti. Semudah itu!” ujarnya.

Meskipun berdepan fitnah besar sebegitu, namun pelakon drama Love in Lockdown itu tidak melatah dan beranggapan apa yang berlaku hanyalah asam garam dunia hiburan.

“Saya rasa itu lumrah jadi seorang selebriti dan ‘public figure’. Simpan macam mana pun cerita peribadi, kalau terkeluar, perlu terima dengan terbuka.

“Banyak komen negatif saya dapat tetapi saya terima saja dengan terbuka. Sebab saya tahu kebenaran.

“Saya tak boleh hentikan apa orang nak cakap. Juga tak boleh hentikan andaian dan spekulasi mereka. Mereka tiada dalam perjalanan hidup saya,” katanya.

Pelakon kelahiran Sabah itu berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran butik Rizman Ruzaini, baru-baru ini.

Julia dan Hafiz yang merupakan bekas suami pelakon Lufya Omar bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi tetapi pasangan itu tidak mendedahkan tarikh pernikahan mereka.

Terdahulu, Hafiz berkahwin dengan Lufya pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura, 5.

Bagaimanapun mereka sah bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI