fbpx

Bukan sebab seksi, kerja keras rahsia berjaya Tabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TABU

AKTRES Tabu berasa bangga dan terharu apabila diberi kepercayaan menggalas pelbagai watak sepanjang berada dalam industri perfileman Bollywood.

Meskipun dikenali sebagai aktres seksi, tiada seorang pun penerbit mahupun pengarah yang memandangnya sebelah mata atau menganggap dia sekadar bermodalkan imej panas.

Bintang Hum Saath Saath Hain itu menegaskan kerja keras antara rahsia kemaraannya selain tidak dilabel stereotaip seperti dihadapi segelintir pelakon lain.

Buktinya, walaupun sudah mencecah usia 51 tahun, Tabu tetap menjadi pilihan sebagai bintang utama filem bajet besar seperti Drisyam 2 memegang watak anggota polis.

Malah namanya juga sentiasa disebut pelakon junior sebagai aktres yang menjadi idola dalam membangkitkan semangat mereka mengejar impian bergelar bintang filem.

Terkini, Tabu meraih tumpuan apabila dipilih terbabit dalam program terbitan BBC TV, A Suitable Boy bersama Ishaan Khatter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI