fbpx

Banjir Terengganu semakin pulih, tinggal 119 mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Normawati Abdullah sedang membersihkan rumahnya yang baru pulih dilanda banjir di Rumah Mampu Milik Teluk Kalong, Kemaman hari ini.

KUALA TERENGGANU – Situasi banjir gelombang pertama di Terengganu semakin pulih dengan hanya 199 mangsa masih berada di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Kuala Terengganu masih mempunyai 84 mangsa daripada 26 keluarga yang berada dua PPS.

“Seramai 54 mangsa daripada 12 keluarga pula masih ditempatkan di PPS SK bukit Nanas, Kuala Nerus.

“PPS SK Tok Kah, Dungun mempunyai 24 mangsa daripada tujuh keluarga,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Kemaman juga hanya membuka satu PPS iaitu Balai Raya Padang Kemunting yang menempatkan 23 mangsa daripada empat keluarga.

Tambah beliau, seramai 12 mangsa daripada tiga keluarga pula masih menghuni PPS Balai Raya Kampung Pantai, Besut.

“Setiu pula hanya tinggal dua mangsa daripada satu keluarga yang berada di PPS surau Kampung Nyatoh.

“Secara keseluruhan hujan telah berhenti dan cuaca di kebanyakan tempat di Terengganu kini mendung,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI