fbpx

Banjir: PDRM jadikan pengalaman lalu atasi bah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyusun perancangan mikro berdasarkan pengalaman lalu sebagai persediaan menghadapi banjir yang sedang melanda di Pahang dan Kelantan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau dan Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah telah diberi taklimat mengenai kesiapsiagaan banjir dalam lawatan kerja pertama mereka di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

“Persediaan menghadapi banjir mengikut prosedur operasi stabil (SOP) seperti biasa berpandukan kepada pengalaman lepas.

“Dari sudut keterlibatan dalam mewujudkan pusat pemindahan sementara (PPS), saya dimaklumkan terdapat lebih 800 pusat pemindahan disediakan berbanding lebih 400 PPS pada musim Monsun Timur Laut (MTL) lalu.

“Jadi berasaskan pengalaman lepas, mereka unjurkan keperluan logistik pusat pemindahan sementara yang kita anggap paling penting iaitu ‘point’ (lokasi) pertama selepas mangsa dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Lawatan Kerja di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Saifuddin berkata, PDRM juga sudah bersedia dengan persiapan mengambil kira corak banjir yang berlaku pada tahun sebelumnya.

“Misalnya di Kelantan, tumpuan sekarang adalah di Sungai Golok iaitu sekitar Pasir Mas dan Rantau Panjang. Namun mengikut pengalaman lepas, selesai (banjir) Rantau Panjang dengan Pasir Mas, air itu mesti sampai ke Tumpat.

“Dari situ, kita boleh baca corak banjir setiap kali musim MTL. Jadi persiapan kita sekarang ni adalah mengerakkan anggota di kawasan itu tanpa mengabaikan tempat lain,” katanya.

Tambahnya, PDRM akan terus menjalankan tugas hakiki mereka menjaga harta benda penduduk yang berpindah ke PPS selain membantu dalam operasi penyelamatan.

“Tidak syak lagi tugas hakiki pasukan polis dalam apa keadaan sekalipun adalah menjaga harta benda orang ramai termasuk pada musim banjir ketika rumah mangsa ditinggalkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI