fbpx

ADUN bergelar ustaz perlu akur larangan aktiviti politik di masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani ketika diwawancara dalam program Selamat Pagi Cikgu Saarani di stesen radio Perak FM di Ipoh hari ini.

IPOH – Ustaz yang memegang jawatan sebagai wakil rakyat diminta mematuhi larangan mengadakan aktiviti berbaur politik di masjid dan surau di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ini kerana mereka yang sebelum ini mempunyai tauliah menyampaikan kuliah tetapi sekarang sudah menjadi wakil rakyat.

Menurutnya, ini bermakna mereka adalah orang politik dan tertakluk atau terikat dengan pekeliling larangan mengadakan aktiviti berbaur politik di masjid dan surau di negeri ini.

“Garis panduan larangan itu sudah cukup jelas menyatakan tidak ada orang politik dibenarkan untuk berucap dalam surau atau masjid, ia dititahkan oleh Sultan Perak.

“Saya sebagai exco agama, saya banyak kali dijemput berucap di masjid selepas solat Jumaat, tapi saya kekal dengan titah tuanku maka saya tidak berucap,” katanya dalam sidang akhbar selepas menjadi tetamu pada rancangan ‘Live Selamat Pagi Cikgu Saarani’ di stesen radio Perak FM di sini hari ini.

Ditanya sama ada tauliah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terlibat boleh ditarik balik, Saarani berkata, perkara itu perlu disiasat terlebih dahulu.

“Itu kena siasat, jika dia ingkar titah tuanku maknanya mungkin tauliah ditarik balik.

“Yang penting titah tuanku itu, iaitu orang politik tidak dibenarkan berucap dalam masjid dan surau walau apa pun jawatannya termasuk saya yang pegang (sebagai menteri besar), bila berpegang pada itu (pekeliling) bermakna semua terikat,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan dalam media sosial oleh bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim yang mendakwa menerima aduan daripada seorang jemaah sebuah masjid di negeri ini mengenai program kuliah yang disampaikan oleh seorang ADUN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI