fbpx

449 mangsa banjir di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba dan APM Pekan memindahkan 10 keluarga dari Kampung Cenderawasih, Sungai Miang ke PPS Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara, Pekan petang semalam.

KUANTAN – Seramai 449 orang daripada 134 buah keluarga masih ditempatkan di empat buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tiga daerah di negeri ini iaitu Temerloh, Pekan dan Bera.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, jumlah mangsa di Pekan meningkat kepada 68 orang daripada 16 buah keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sinar Mutiara, Pekan.

“Di Temerloh, jumlah terkini mangsa yang terjejas masih berada di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Semantan menurun kepada 346 orang mangsa daripada 103 keluarga berbanding seramai 363 orang (108 keluarga) pukul 8 malam tadi.

“Di Bera, jumlah mangsa masih kekal sejak pukul 8 malam tadi, iaitu seramai 35 orang mangsa daripada 10 keluarga masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Buntar yang dibuka sejak Jumaat lalu dan sembilan mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di PPS SK Kerayong,”katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, tiga sungai kini berada di paras bahaya, iaitu Sungai Triang (Bera), Sungai Jempol dan Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan.

Ujarnya, walaupun paras air sungai berada pada trend menurun, tetapi penduduk di pesisir Sungai Pahang dan anak sungai perlu berwaspada kerana cuaca tidak menentu pada masa ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI