fbpx

10 ahli Geng Kabali dipenjara 18 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli kumpulan penjenayah 'Geng Kabali' dijatuhi hukuman penjara 18 bulan di Mahkamah Tinggi Seremban di sini hari ini.

SEREMBAN – Sepuluh daripada 11 ahli kumpulan penjenayah ‘Geng Kabali’ dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Azizul Azmi Adnan menjatuhi hukuman itu selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

Tertuduh ialah K.Sarugunan, 41, R.Kamal Rajh, 28, L.Navinraj, 29, S.Ilangovan, 43, G. Kartik, 28, G.Ravikumar, 30, S.Viven, 23, S.Sivabalan, 26, R.Kunasekaran, 34, dan R.Jeevanraj, 25.

Mahkamah menetapkan hukuman itu bermula dari tarikh kesemua tertuduh diberkas pada Disember 2019.

Seorang lagi tertuduh, S. Subramaniam, 53, didenda RM3,000 namun dikecualikan pembayaran oleh mahkamah selepas mengambil kira tempoh reman ke atasnya selama 463 hari selain menghidap kencing manis kronik dan faktor usia.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Syafiq Hasim meminda pertuduhan daripada Seksyen 130V Kanun Keseksaan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kepada Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

Mengikut pertuduhan pilihan, kesemua tertuduh didapati menjadi anggota Geng Kabali yang merupakan satu pertubuhan menyalahi undang-undang.

Kesalahan itu dilakukan di lorong kecil tepi jalan besar Batu 12 1/2, Jalan Rantau- Siliau, Rantau di sini antara 1 Februari hingga 27 November 2019.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI