fbpx

Exco Melaka digesa kerja keras, elak disingkir rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sulaiman Md. Ali pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama DUN Negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

MELAKA – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) digesa bekerja lebih keras dan serius dalam menangani permasalahan rakyat agar tidak ditolak pada masa hadapan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali mengingatkan para Exco dengan mengambil contoh analogi keputusan Piala Dunia 2022 supaya rajin turun padang melihat masalah rakyat, di samping berusaha mendekati golongan muda.

Menurut beliau, mengamalkan budaya kerja yang selesa sangat berisiko kerana berpotensi untuk disingkirkan rakyat pada pilihan raya akan datang.

“Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini menyaksikan, kalau dalam bola sepak Piala Dunia 2022 di Qatar, kita ini umpama dapat telur ayam, Sepanyol kalah, Jerman balik awal dan pasukan pilihan Brazil pun tewas.

“Ini amaran dan peringatan kepada rakan sahabat Exco kena bekerja keras selesaikan ehwal rakyat, kalau tidak anda semua pun akan balik awal juga, sama macam Jerman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2023 Melaka dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Sulaiman turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri.

Katanya, model Kerajaan Perpaduan bukan perkara baharu kerana Melaka telah merintis lebih awal konsep tersebut yang mengangkat pembangkang sebagai rakan strategik.

“Kini di DUN Melaka ada tujuh rakan strategik yang mana lima daripada mereka sudah berpadu bersama dengan kita.

“Saya cuma pohon kepada semua penjawat awam, ketua-ketua agensi kerajaan negeri, ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemimpin akar umbi agar bekerja keras, tingkatkan prestasi, kualiti perkhidmatan dan penyampaian kepada rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI