fbpx

[VIDEO] ‘Bonggol maut’ Seksyen 7 akan dibaiki semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najwan (dua kanan) ketika melihat keadaan bonggol tersebut di Persiaran Tun Arshad Ayub, Seksyen 7, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – ‘Bonggol maut’ yang dibina di Persiaran Tun Arshad Ayub, Seksyen 7 di sini yang tular serta mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya akan dibaiki semula Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halim berkata, buat sementara waktu MBSA akan menempatkan beberapa anggotanya bagi mengawal trafik di jalan tersebut.

Katanya, beliau sendiri telah turun meninjau keadaan bonggol tersebut selepas menerima banyak aduan daripada orang ramai.

“Semalam saya telah hubungi MBSA dan hari ini turun melihat sendiri keadaan bonggol itu kira-kira pukul 10 pagi tadi. MBSA memaklumkan akan membaiki semula bonggol jalan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, bonggol tersebut dibina susulan kemalangan maut seorang pelajar Universiti Selangor (Unisel) di kawasan tersebut pada 2019.

Jelas Najwan, pihak MBSA pada awal bersetuju untuk membina jejantas di kawasan terbabit namun akhirnya membina bonggol sebagai tindakan alternatif.

“Harap pihak MBSA dapat mempertimbangkan semula pembinaan jejantas yang telah diluluskan peruntukannya pada 2019,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang pengguna Twitter, Adie Hussin memuat naik video memaparkan situasi beberapa pengguna jalan raya nyaris kemalangan akibat kemunculan ‘bonggol maut’ di Seksyen 7, Shah Alam. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI