fbpx

Anna Jobling, Melur Untuk Firdaus paling dicari dalam Google

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DRAMA trending, Melur Untuk Firdaus dan pelakonnya, Anna Jobling tersenarai antara 10 yang paling dicari dalam Google bagi tahun ini.

PETALING JAYA – Pelakon Anna Jobling terkejut apabila tersenarai sebagai antara 10 personaliti paling banyak carian dalam Google Malaysia sepanjang 2022.

Anna, 22, berkata, dia yakin carian terhadap namanya disebabkan drama lakonan bersama Merqeen berjudul Melur Untuk Firdaus yang mendapat sambutan hangat sekitar Mei lalu.

“Jujurnya saya terkejut apabila tersenarai antara 10 personaliti paling banyak carian Google di Malaysia untuk sepanjang tahun ini.

“Saya yakin carian itu adalah atas sebab-sebab positif mengenai karier. Drama Melur Untuk Firdaus banyak membantu menaikkan nama saya.

“Sejujurnya tak terfikir akan ada ramai individu yang melakukan carian nama saya. Saya rasa semua orang menggunakan carian dalam Google apabila mahu mendapatkan info,” katanya yang mengakui perkara tersebut membuatkan dia mahu terus memberikan yang terbaik dalam karier.

Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berada di tempat ketujuh dalam senarai 10 paling dicari Google Malaysia bagi tahun 2022.

Drama Melur Untuk Firdaus yang ditayangkan menerusi slot Lestari TV3 pula menjadi drama siri kedua dicari selepas siri popular Korea, All Of Us Dead.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengungguli senarai paling dicari diikuti bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Turut tersenarai dalam 10 paling dicari dalam Google Malaysia ialah Najib Razak, Ahmad Zahid Hamidi, Azam Baki, Nik Adam Mika, Ustaz Fathi Naim, Muhyiddin Yasin dan Yasin Sulaiman.

Sementara itu bercakap tentang karier, Anna berkata, pihak pengurusannya Mask Team dalam perancangan melebarkan sayap ke Indonesia.

“Saya juga berterima kasih kepada peminat dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Asia Tenggara.

“Pihak pengurusan saya telah merangka banyak perancangan berkaitan karier dan insya-Allah untuk tahun 2023 sedang mencuba nasib ke negara seberang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI