fbpx

9 negeri berdepan ribut petir, hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di laman sesawangnya berkata, amaran itu dikeluarkan di Kedah (Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang (Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

“Di Perak, kawasan yang dijangka berdepan dengan cuaca buruk ini adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Hulu Perak manakala di Pahang adalah Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera.

“Situasi sama turut diramalkan berlaku di Selangor melibatkan kawasan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta seluruh Negeri Sembilan dan Melaka,” katanya.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah (Tanjung Manis dan Mukah), Kapit (Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Di Sabah, kawasan diramalkan menghadapi cuaca buruk ini adalah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid dan Beluran), Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan,” – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI