fbpx

Waris mangsa minta bantuan dapatkan rakaman ‘dashcam’ kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik waris mangsa kemalangan sebagau rujukan menerusi akaun Twitter miliknya, @nurizxah.

PETALING JAYA – Waris mangsa kemalangan melibatkan sebuah treler dan sebuah van putih meminta bantuan orang ramai bagi mendapatkan rakaman papan pemuka (dashcam) sewaktu kejadian pada khamis lepas.

Kejadian yang dipercayai berlaku di kawasan Tapah menuju ke Slim River itu dipercayai berpunca akibat kecuaian pemandu treler yang memasuki lorong bertentangan dari arah selatan menuju ke utara lalu merempuh sebuah van.

“Mangsa (pemandu van) telah meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan menuju ke hospital. Manakala, pemandu lori tersebut dipercayai telah melarikan diri,” kata Nurizzah yang mendakwa waris kepada mangsa menerusi hantarannya di Twitter, semalam.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengguna meluahkan rasa simpati mereka dan ada juga yang sempat memberikan saranan kepadanya untuk memuatnaik hantar tersebut di platform media sosial yang lain.

“Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan semoga dipermudahkan urusan anda sekeluarga, salam takziah. Sebelum kemalangan, arwah dan rakannya sempat mengunjungi kilang kami untuk menghantar barang.

“Setelah kejadian, ada pihak yang menghubungi kami dan memaklumkannya kerana menemui Delivery Order (DO) dalam kenderaan tersebut,” ciap seorang netizen menerusi ruangan komen.

“Salam takziah. Semoga dipermudahkan urusan mencari pemandu lori tersebut. Mungkin anda juga boleh cuba menyebarkan kiriman tersebut dengan memuatnaiknya di kumpulan DashCam Owners Malaysia di Facebook,” cadang seorang pengguna lain.

Dalam pada itu, hantaran tersebut turut mengundang pelbagai reaksi kepada pengguna lain di laman sosial yang sama yang menyifatkan pembahagi jalan merupakan punca utama kepada berlakunya kemalangan terbabit.

“Pembahagi tengah itu yang berbahaya dan sepatutnya sudah ditukar. Kerana, laluan lori sememangnya akan bertentangan jika melintasinya,” ciap netizen.

“Ini bukan kali pertama berlaku kemalangan melibatkan treler atau lori yang terbabas di lebuhraya memasuki lorong bertentangan seperti kejadian di Nilai sebelum ini dan beberapa tempat lain,” komen seorang pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI