fbpx

Sungai di Pahang, Johor meningkat lepasi paras bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Beberapa sungai di Pahang dan Johor dilaporkan melebihi paras bahaya ekoran hujan lebat sejak pagi ini.

Menerusi laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat pukul 9 pagi, keadaan sungai di kedua-dua negeri terbabit menunjukkan trend menaik.

Antaranya, Sungai Triang di Triang mencatatkan bacaan 34.78 meter (m), melebihi tahap bahaya iaitu 34.5 m manakala Sungai Lipis di Batu Malim juga terlibat dengan bacaan 114.99m melebihi paras bahaya namun dengan trend menurun.

Sementara itu di Johor, Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat, paras air mencatatkan bacaan 20.09m, melebihi tahap bahaya dengan trend menaik.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan lebat di Pahang dan Sabah sehingga tengah hari nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI