fbpx

Sudah Disember, apa cerita kahwin Azri Iskandar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZRI ISKANDAR

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba nama Azri Iskandar kembali menjadi sebutan ramai.

Semuanya dek kenyataan yang pernah dikeluarkannya beberapa bulan lalu iaitu bakal bernikah pada hujung tahun ini.

Pejam celik, kita pun dah sampai pada bulan Disember dan nampaknya masih belum ada bau nasi minyak Azri dan tunangnya, Dr. Azra.

Bukanlah Diva teringin sangat nak hadir majlis perkahwinan tetapi kerana ramai sudah menyebut, jadi terfikir sama ada perkara tersebut akan direalisasikan atau hanya sekadar cakap kosong sahaja.

Bak kata netizen, mungkin Azri dan Azra sedang sibuk dengan persiapan masing-masing ketika ini. Sama-samalah kita tunggu berita baik daripada mereka ya.

Doakan impian pasangan itu untuk mendirikan rumah tangga menjadi kenyataan. Paling penting, teruja nak tengok wajah Dr. Azra!

DIVA: Terkejut dengar jumlah tajaan majlis perkahwinan Reen Rahim. RM15 juta! Tidak sabar nak lihat bakal suami Reen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI