fbpx

Ribut petir di 5 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan bagi negeri Pahang melibatkan daerah Bera, Pekan dan Rompin.

“Situasi yang sama turut diramalkan berlaku di seluruh Selangor, diikuti dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Di Negeri Sembilan, kawasan yang dijangka berdepan cuaca buruk adalah Jelebu, Seremban dan Jempol manakala di Johor pula Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sarawak melibatkan Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah) dan Bintulu (Tatau).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI