fbpx

Puteri gadis manja tetapi suka aktiviti lasak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI NUR FARZIERRA suka aktiviti lasak untuk mengisi masa lapang.

TIADA apa yang lebih bermakna buat gadis Pesona Ahad minggu ini, Puteri Nur Farzierra Zailani daripada mencapai impiannya untuk menjadi seorang doktor misi kemanusiaan suatu hari nanti.

Meskipun mempunyai latar belakang dalam komunikasi, minatnya ke arah perubatan muncul setelah bekerja di sebuah syarikat produk penjagaan kesihatan.

Lebih mesra disapa Puteri, siapa sangka, gadis ayu dari Kuala Lumpur ini turut disifatkan ‘lasak’ apabila memilih rock climbing (memanjat batu) sebagai aktiviti masa lapang.

Kepada Kosmo! Ahad, penuntut Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS), Universiti MAHSA ini berkongsi mengenai dirinya.

Kosmo! Ahad: Ceritakan mengenai latar belakang Pu­teri?
Puteri: Saya berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur dan merupakan anak kedua daripada empat beradik. Saya mempunyai diploma dalam bidang komunikasi dan seorang yang manja walaupun menyukai aktiviti lasak.

Bagaimana terjebak dalam bidang perubatan?
Selepas habis sekolah, saya melanjutkan pengajian ke sebuah universiti swasta dan sudah bekerja di bahagian pemasaran. Namun, saya fikir, tidak mahu jual produk sahaja dan dari situ, hati saya terdetik untuk mencuba sesuatu yang baharu, lalu meneruskan pengajian dalam bidang perubatan. Alhamdulillah, perkara ini juga menjadi kenyataan oleh kerana kejayaan saya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan cemerlang 9A.

Apa yang anda sering lakukan ketika masa lapang?
Jika ada masa lapang, kebiasaannya saya akan gunakan untuk aktiviti rock climbing. Boleh dikatakan hampir setiap hari, pasti akan meluangkan masa di clim­bing gym. Selain itu, jika di rumah, saya hanya akan menghabiskan masa de­ngan menonton drama ­Korea.

PUTERI NUR FARZIERRA

Mengapa pilih aktiviti lasak?
Sejak dari kecil, saya sudah dianggap sebagai seorang yang lasak. Ditambah pula dorongan bapa yang menggalakkan saya untuk menyertai taekwondo dan bersukan. Jadi, selepas habis sekolah, saya lebih minat untuk mencuba pelbagai aktiviti rekreasi, antaranya mendaki, memanjat dan juga melakukan waterfall abseiling. Justeru, saya tidak kisah sekira dianggap ‘lasak’ kerana ia hanyalah hobi yang saya minati.

Ciri-ciri lelaki idaman?
Bagi lelaki idaman, saya tidak pernah letakkan sebarang ukuran dari segi luaran.
Namun, saya mahukan seorang lelaki yang mampu membuatkan saya rasa selamat dan tidak mempunyai sikap panas baran.
Itu yang pa­ling penting. Ini kerana, walaupun saya dilihat berdikari, tetapi sebenarnya saya takut untuk berseorangan.

Impian Puteri?
Saya nak berkhidmat sebagai doktor perubatan bagi mana-mana misi kemanusiaan. Ia me­rupakan impian sejak saya memulakan pengajian dan sedikit sebanyak, saya juga sering melibatkan diri dalam program-program sedemikian.
Hasrat saya adalah untuk mengembara ke negara-negara memerlukan pertolongan seperti Syria, Palestin mahupun Afrika.

Pengajaran hidup?
Salah satu perkara yang saya belajar dalam kehidupan adalah untuk menghargai apa sahaja yang berlaku, tidak kira sama ada kecil ataupun besar serta tidak terlalu memikirkan tentang masa hadapan dan silam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI