fbpx

Polis pengiring kenderaan PM beri laluan pada ambulans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video berkenaan menunjukkan polis pengiring kenderaan rasmi dipercayai milik Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi laluan kepada sebuah ambulans.

PETALING JAYA – Polis pengiring kenderaan rasmi dipercayai milik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meraih perhatian orang ramai apabila ia memberi laluan kepada sebuah ambulans dalam kesesakan lalu lintas, di sekitar Sungai Ramal, Kajang.

Di dalam video kamera papan pemuka (dash cam) yang dimuat naik oleh @bengkelminda, kelihatan polis tersebut mengiringi ambulans itu dahulu kemudian diikuti dengan kenderaan rasmi Anwar Ibrahim yang berada dibelakangnya.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati orang ramai memuji tindakan Perdana Menteri itu yang dikatakan prihatin terhadap rakyat yang memerlukan.

“Terbaik, dahulukan mereka yang memerlukan. Ini contoh yang terbaik ditunjukkan oleh seorang Perdana Menteri,” komen seorang netizen.

“Ini barulah betul, bukannya suruh ambulans berhenti beri laluan. Teringat pula video seorang VIP dahulu yang sanggup tahan ambulans semata-mata ingin berikan laluan kepada dirinya,” komen netizen yang lain pula.

Sehingga kini video tersebut telah meraih 157,700 tontonan, 8,863 tanda suka dan 409 perkongsian.

Tahun lepas, tular satu video dimana polis pengiring perlu menahan ambulans gara-gara ingin memberi laluan kepada kenderaan dipercayai milik seorang VIP.

Orang ramai juga beranggapan kenderaan ambulans perlu diberikan keutamaan dahulu kerana nyawa seseorang mungkin terancam dan perlu disegerakan ke hospital. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI